DIALOG
DI ANTARA HASAN B. `ALI A.S DAN MU`AWIYAH
B.
ABI SUFYAN SERTA RAKAN-RAKANNYA MENGENAI IMAMAH
DAN
KHILAFAH MENURUT CATATAN AL-`ALLAMAH AL-TABARSI
Pengenalan
Tuntutan Hasan b. `Ali
terhadap jawatan khalifah selepas bapanya amatlah ketara meskipun
pada akhirnya beliau terpaksa melepaskan jawatan tersebut
demi menjaga dirinya, keluarganya serta Syi`ahnya dari ancaman Mu`awiyah
b. Abi Sufyan. Di dalam perbincangan mereka mengenai Imamah/Khilafah, caci
mencaci telah berlaku.
Sekali pandang ia tidak harus berlaku kerana mereka
tergolong di kalangan para sahabat Rasulullah
s.`a.w. Apatah lagi cacian mereka
terhadap Hasan b. `Ali di mana beliau dan bapanya merupakan Ahl al-Bait
Rasulullah s.`a.w.
Mungkin kilauan dunia telah
membuat manusia melupai Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w. Semuanya telah berlaku di dalam
dunia Islam dan dicatat oleh para ulama dari golongan Ahl al-Sunnah dan
Syi`ah. Persoalan yang
timbul sekiranya para sahabat boleh mencaci
sesama mereka, sementara orang lain yang bukan bertaraf sahabat
tidak boleh menyebut dan menulis perbuatan mereka yang
menyalahi nas, apakah keistimewaan
mereka sehingga mereka diberi laluan yang istimewa sehingga boleh menyalahi
Allah dan RasulNya?
Di sini diperturunkan
hujah-hujah Hasan b. `Ali khususnya mengenai Imamah/Khilafah
terhadap Mu`awiyah dan rakan-rakannya berdasarkan catatan
al-`Allamah al-Tabarsi seorang ulama Mazhab Ja`fari abad keenam
Hijrah di dalam bukunya al-Ihtijaj.[1]
Untuk menguatkan hujah, penulis membuat rujukan kepada buku-buku
para ulama Ahl al-Sunnah.
Diriwayatkan daripada
al-Sya`bi, Abi Mikhnaf dan Yazid b. Habib al-Misri
sesungguhnya mereka berkata: Tidak terdapat pertengkaran dalam Islam
satu hari di mana orang ramai berkumpul di satu majlis yang lebih riuh
rendah dari majlis yang dihadiri oleh Mu`awiyah b. Abi Sufyan, `Amru b. `Uthman
b. `Affan, `Amru b. al-`As, `Atbah b. Abi Sufyan, al-Walid b. `Uqbah b.
Abi Mu`it, al-Mughirah b. Syu`bah, semua mempunyai nada yang sama.
`Amru b. al-`As berkata kepada
Mu`awiyah: Kenapa anda tidak mengutus kepada Hasan b. `Ali
supaya tampil ke mari, kerana beliau telah menghidupkan
sunnah bapanya. Sepatu digerakkan di
belakangnya, jika diperintah akan dipatuhi. Dia berkata: Percayalah, dua
perkara ini akan mengangkatnya kepada perkara yang lebih besar daripada
itu. Sekiranya anda mengutuskan
kepadanya, nescaya kami boleh menghinanya dan bapanya. Kami akan mencacinya dan bapanya.
Kami akan memperkecilkannya dan bapanya. Kami boleh terus melakukannya sehingga
beliau membenarkan anda mengenainya.
Mu`awiyah berkata
kepada mereka: Aku khuatir kalian akan dibelenggu kehinaan
sehingga kalian memasuki kubur. Demi
Tuhan, aku melihatnya dengan penuh kebencian. Lantaran itu aku akan
memalukannya. Sesungguhnya jika aku
mengutuskan kepadanya hanyalah semata-mata bagi mengajarnya di hadapan kalian.[2]
`Amru b. al-`As berkata:
Adakah anda khuatir kebatilannya mengatasi kebenaran kita,
kesakitannya mengatasi kesihatan kita?
Dia menjawab: Tidak. Dia berkata:
Jikalaulah begitu keadaannya, maka jemputlah beliau kemari.
`Utbah berkata: Aku
kurang pasti dengan pendapat ini. Demi Tuhan, kalian tidak akan mampu
untuk menghadapinya tetapi beliau mampu untuk menghadapi
kalian kerana beliau Ahl al-Bait yang handal berdebat. Lalu mereka menghantar utusan seorang
lelaki kepada Hasan.
Apabila utusan itu
sampai kepadanya, lantas dia berkata kepada Hasan:
Mu`awiyah menjemput anda. Hasan
bertanya: siapa bersamanya?
Utusan itu menjawab: Di sisinya si polan dan si
polan. Dia menyebut nama-nama mereka
semua.
Hasan berkata: Malang untuk
mereka dan azab akan mendatangi mereka dalam keadaan mereka tidak
menyedarinya. Kemudian beliau
berkata: Wahai jariah (hamba perempuan) hulurkan kain kepadaku.
Kemudian beliau berkata: Wahai Tuhanku,
sesungguhnya dengan Engkau aku menolak ancaman mereka, aku pohon
perlindungan dengan Engkau daripada kejahatan mereka, aku pohon pertolongan
dengan Engkau ke atas mereka.
Lantaran itu pertahankan aku daripada mereka menurut
kehendak Engkau, bilamana Engkau kehendaki dengan
segala
kekuatan Engkau ya arhama al-Rahimin.
Beliau berkata kepada
utusan itu: Ini adalah doa bagi memohon kejayaan. Manakala mendatangi Mu`awiyah,
beliau dialu-alukan oleh Mu`awiyah dan
beliau berjabat tangan dengan Mu`awiyah.
Hasan A.S berkata:
Sesungguhnya orang yang anda mengalu-alukan kedatangannya adalah
satu keselamatan untuknya dan "berjabat tangan" merupakan satu
perdamaian. Mu`awiyah berkata: Ya!
Mereka mengutuskan anda ke mari supaya anda memperakui
bahawa sesungguhnya `Uthman telah dibunuh secara kejam dan
sesungguhnya bapa andalah yang membunuhnya. Oleh itu dengarlah
kata-kata mereka kemudian berilah jawapannya kepada
mereka sebagaimana mereka berkata kepada anda. Walau bagaimanapun kedudukanku tidak
menghalang anda dari memberi jawapan kepada mereka.
Hasan berkata:
Subhanallah, rumah adalah rumah anda dan keizinan
adalah terserah kepada anda! Demi
Allah jika aku memberi jawapan kepada mereka menurut apa
yang mereka kehendaki sesungguhnya aku terasa malu kepada anda
untuk menerangkan kejahatan anda.
Dan jika mereka mengalahkan anda menurut apa yang anda
kehendaki, sesungguhnya aku terasa malu kepada anda untuk
menerangkan kelemahan anda.
Justeru itu yang mana satu anda memperakuinya dan yang
mana satu anda memohon maaf.
Sesungguhnya jika aku mengetahui kedudukan dan pertemuan mereka,
nescaya aku datang bersama Bani Hasyim seramai bilangan
mereka. Disebabkan aku
berkeseorangan, mereka akan lebih bertindak liar terhadapku. sesungguhnya Allah `Azza Wajalla waliku hari
ini dan selepasnya. Lantaran itu perintahlah mereka dan
biarlah mereka bercakap sesuatu, aku akan mendengarnya. Tidak ada kekuatan melainkan dengan
Allah S.W.T.
`Amru b. `Uthman b.
`Affan berkata: Kalau boleh aku tidak ingin mendengar seperti hari
ini seorang pun daripada Bani `Abdu l-Muttalib selepas
pembunuhan `Uthman.
Sedangkan dia adalah sepupu mereka, mempunyai kedudukan yang
tinggi dalam Islam terutamanya di sisi Rasulullah (s.`a.w). Justeru itu sejahat-jahat penghormatan
Allah terhadap mereka kerana mereka telah mengalirkan
darahnya secara permusuhan dan menabur fitnah, kerana
hasad dengki mereka bagi menuntut apa yang bukan menjadi
milik mereka. Apatah lagi
dia di kalangan orang-orang yang terdahulu memeluk Islam dan
kedudukannya yang tinggi di sisi Allah dan RasulNya. Alangkah hinanya jika Hasan dan seluruh Bani
`Abdu l-Muttalib menjadi pembunuh `Uthman! Mereka masih hidup berjalan ke
mana mana sedangkan `Uthman mati berlumuran darahnya.
Di samping itu kami mempunyai hak bagi menuntut bela di atas sembilan
belas darah Bani Umaiyyah yang dibunuh di Badr.
Kemudian `Amru b. al-`As
berkata: Dia memuji Allah kemudian berkata: Di mana satu anak
lelaki Abu Turab yang kami utuskan kepada anda bagi kami meminta
pengakuan dari anda bahawa sesungguhnya bapa andalah
yang telah meracuni Abu Bakr al-Siddiq, bersubahat
di dalam pembunuhan `Umar al-Faruq dan pembunuhan
`Uthman dhi al-Nuraini secara zalim.
Beliau menuntut (khalifah) bukan daripada haknya. Dan menabur fitnah mengenainya.
Kemudian dia berkata:
Sesungguhnya kalian wahai Bani Abdu l-Muttalib, Allah tidak mengurniakan
al-Mulk (pemerintahan) kepada kalian.
Lantas kalian menguasai apa yang tidak halal bagi
kalian. Anda wahai Hasan, anda
mengatakan bahawa anda adalah Amir al-Mukminin, sedangkan anda tidak
mempunyai daya fikir mengenai-nya.
Lantaran itu tidak hairanlah jika aku
meninggalkan si bodoh berada di kalangan Quraisy. Ini disebabkan perbuatan bapa anda yang
jahat. Sesungguhnya kami menjemput anda
adalah semata-mata untuk mencaci anda dan bapa anda. Justeru itu anda tidak mampu mencela kami
apatah lagi membohongi kami mengenainya.
Tetapi sekiranya anda dapati kami membohongi kalian di dalam
sesuatu perkara atau kami mengatakan sesuatu tentang anda dan
sesuatu terhadap anda menyalahi kebenaran, maka cakaplah jika tidak,
ketahuilah bahawa sesungguhnya anda dan bapa anda adalah
sejahat-jahat makhluk Allah. Adapun
mengenai bapa anda memadailah Allah telah membunuhnya dan
mengasingkannya. Adapun anda
berada di dalam kekuasaan kami, kami boleh membuat pilihan. Demi Allah sekiranya kami membunuh
kalian tidaklah (kami) berdosa di sisi Allah dan tidak mendatangkan keaiban di
sisi orang ramai.
Kemudian `Atbah bin Abu Sufyan
berkata: Wahai Hasan, sesungguhnya bapa anda adalah sejahat-jahat
Quraisy bagi Quraisy. Dia telah memutuskan silat al-Rahim di
kalangan Quraisy dan mengalirkan darahnya. Sesungguhnya anda adalah di kalangan
pembunuh-pembunuh `Uthman. Justeru
itu kami berhak membunuh anda kerananya.
Sesungguhnya anda wajib membayar ganti rugi sebagaimana
disebutkan di dalam kitab Allah Azza Wajalla dan kamilah
orang yang memerangi anda mengenainya.
Adapun bapa anda, Allah telah membunuhnya dan ia
sudah selesai. Adapun
harapan anda bagi mendapatkan khilafah, maka anda
bukanlah orang yang layak mengenainya di dalam semua segi.
Kemudian al-Walid bin
`Uqbah bin Abi Mu`it bercakap lebih kurang kepada para sahabatnya
dan dia berkata: Wahai Bani Hasyim! Kalianlah orang pertama yang telah
mendedahkan keaiban `Uthman dan mengumpulkan orang ramai bagi
menentangnya. Sehingga kalian
membunuhnya kerana inginkan al-Mulk (pemerintahan),
memutuskan Silat al-Rahim, membinasakan umat,
mengalirkan darah mereka kerana mengejar pemerintahan,
mengejar dunia yang buruk dan mencintainya, sedangkan `Uthman adalah bapa
saudara kalian. Dia adalah
ipar kalian dan sebaik-baik ipar.
Sesungguhnya kalianlah orang pertama
yang hasad kepadanya
dan mencacinya. Kemudian kalian merencanakan
pembunuhannya. Bagaimana pula
kalian fikir tentang azab Allah terhadap kalian.
Kemudian Mughirah
bin Syu`bah pula berkata: Wahai Hasan! Sesungguhnya
`Uthman telah dibunuh secara zalim. Justeru itu bapa anda
tidak dapat mengelakkan dirinya dari pembunuhan tersebut. Tetapi kami mengatakan bahawa bapa anda
telah melindungi pembunuh-pembunuh `Uthman dengan berbagai
cara. Sesungguhnya dia meredhai
pembunuhan itu. Demi Allah
dia mempunyai pedang dan lidah yang panjang. Dia membunuh orang yang hidup dan
mencela orang yang mati.
Bani Umayyah lebih baik
daripada Bani Hasyim daripada Bani Hasyim terhadap Umayyah. Mu`awiyah adalah lebih baik untuk anda
wahai Hasan daripada anda untuk Mu`awiyah. Bapa anda telah menentang (nasaba)
Rasulullah s.`a.w. pada masa hidupnya dan telah menutupinya sebelum
kewafatannya dan ingin membunuhnya.
Perkara tersebut diketahui oleh Rasulullah s.`a.w.
kemudian dia benci memberi bai`ah kepada Abu Bakr
sehingga dia bertindak balas, kemudian meracuninya sehingga
mati. Selepas itu dia
menentang `Umar sehingga dia berhasrat memotong tengkoknya.
Kemudian dia menyokong pembunuhannya. Selepas itu dia mencaci `Uthman sehingga
dia membunuhnya pula.
Lantaran itu dia terlibat di dalam pembunuhan
mereka. Manakah kedudukannya
di sisi Allah wahai Hasan!
Sesungguhnya Allah
telah menjadikan sultan (pemerintah) sebagai wali
kepada orang yang dibunuh di dalam kitabNya. Justeru itu Mu`awiyah adalah wali
orang yang dibunuh tanpa hak. Justeru itu adalah wajar jika kami membunuh anda dan
saudara lelaki anda. Demi Allah darah `Ali tidaklah lebih berbahaya dari
darah `Uthman. Lantaran itu Allah
tidak akan menghimpunkan pada kalian dua perkara wahai Bani `Abdu
l-Muttalib, pemerintahan (al-Mulk) dan kenabian (al-Nubuwwah). Kemudian dia berdiam diri.
Lalu Hasan bin `Ali
berkata: Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayat kepada orang yang awal
kalian dengan orang yang awal kami dan orang yang akhir
kalian dengan orang yang akhir kami. Salawat dan salam ke atas datukku Muhammad
nabi dan keluarganya. Kalian
dengarlah jawapanku dan kalian fahamilah baik-baik. Dengan andalah aku mulai wahai Mu`awiyah. Demi Tuhan
wahai Azraq (Mu`awiyah) tidak seorang pun mencaciku selain daripada
anda. Mereka itu tidak mencaciku. Tidak mencelaku selain daripada
anda dan mereka itu tidak mencelaku tetapi anda telah mencela
dan mencaciku. Itu adalah
petanda kejahatan anda dan pendapat anda kerana memusuhi kami
dan hasad dengki anda kepada kami serta permusuhan anda terhadap
Muhammad s.`a.w. dahulu dan sekarang.
Demi Allah sekiranya aku
dan mereka itu wahai Azraq bermesyuarat di Masjid Rasulullah s.`a.w. dan
sekitar kami orang-orang Muhajirin dan Ansar, nescaya mereka tidak mampu
bercakap sedemikian rupa dan mereka tidak mengalu-alukan kedatanganku
sebegini. Justeru itu dengarlah daripadaku wahai kumpulan yang
menentangku. Janganlah kalian menyembunyikan kebenaran yang kalian
mengetahuinya. Dan janganlah
kalian membenarkan kebatilan sekiranya aku berkata mengenainya. Aku akan mulai percakapanku
dengan anda wahai Mu`awiyah dan aku tidak akan berkata sesuatu pun
melainkan ia bertepatan dengan anda.
1.Aku
menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa lelaki yang
kalian telah mencacinya itu adalah orang yang telah melakukan
solat di hadapan dua kiblat.
Dan anda telah melihat kedua-dua kitab kesesatan menyembah al-Lata
dan al-`Uzza?[3]
Dia juga telah melakukan dua bai`ah, bai`ah al-Ridwan dan bai`ah al-Fath
sedangkan anda wahai Mu`awiyah, di bai`ah pertama kafir sementara di
bai`ah kedua anda menarik balik bai`ah anda (nakithin).[4]
2.
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa
sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) telah mengepung Bani
Quraidah dan Bani Nadhir kemudian beliau (s.`a.w.) mengutus `Umar b. al-Khattab
bersama bendera Muhajirin dan Sa`d b. Mu`adh bersama bendera Ansar. Adapun Sa`d b. Mu`adh pergi ke medan
perang dan tercedera. Adapun
`Umar telah lari dari medan peperangan. Dia mengatakan bahawa para
sahabatnya pengecut tetapi para sahabatnya pula mengatakan dia adalah
seorang yang pengecut.[5]
Lantas Rasulullah
(s.`a.w.) bersabda: "Besok aku akan memberi bendera kepada
seorang lelaki di mana dia mencintai Allah dan RasulNya,
dan Allah dan RasulNya mencintainya terus mara tanpa
lari kemudian terus berjuang sehingga Allah memberi kemenangan
melaluinya".[6]
Abu Bakr, `Umar serta
orang-orang Muhajirin dan Ansar kurang senang mengenainya. `Ali pada masa itu mengidap penyakit
mata. Rasul (s.`a.w.) menjemputnya lalu meniupkan di matanya lalu
dia pun sembuh.[7]
Kemudian beliau memberikan kepadanya satu bendera.[8]
Dia pun pergi berjuang sehingga mendapat kemenangan dengan pertolongan
Allah S.W.T. Sedangkan anda pada masa itu di
Makkah adalah seorang musuh Allah dan RasulNya. Adakah sama di antara lelaki yang
mencintai sesuatu kerana Allah dan RasulNya lelaki
yang memusuhi Allah dan RasulNya?[9]
Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa hati anda tidak pernah
menerima Islam, tetapi lidah anda takut.
Oleh itu anda bercakap apa yang tidak ada di hati anda. Lihat
umpamanya hadis Nabi s.`a.w. kepada `Ali A.S: " Tidak akan
mencintai anda melainkan dia seorang
mukmin, dan tidak membencikan anda
melainkan dia seorang munafiq".[10]
3.
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa
Rasulullah (s.`a.w.) telah melantiknya (`Ali) di Madinah ebelum
peperangan Tabuk tanpa memarahi dan bencinya. Lalu orang-orang munafiq bercakap
mengenainya. Maka beliau
(`Ali) berkata: Janganlah anda meninggalkan aku wahai Rasulullah
kerana aku tidak pernah meninggalkan anda di dalam mana-mana peperangan.
Lantas Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Anda adalah wasiku, khalifahku
pada keluargaku samalah kedudukan Harun di sisi Musa".
Kemudian beliau memegang tangan `Ali A.S seraya bersabda: "Wahai
manusia! Siapa yang menjadikan aku wali, maka sesungguhnya
dia telah menjadikan Allah wali. Dan siapa yang telah menjadikan
`Ali wali maka dia telah menjadikan aku wali. Siapa yang telah mentaati aku,
maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah.
Dan siapa yang mentaati `Ali maka dia mentaati aku. Dan siapa yang mencintaiku, maka dia
mencintai Allah. Dan siapa yang
mencintai `Ali, maka dia telah mencintaiku".[11]
4.
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa
sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) bersabda pada Haji Wida`: " Wahai
manusia sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kalian dan
kalian tidak akan sesat selepasnya; Kitab Allah dan itrah Ahl l-Baitku. Justeru itu halalkanlah
halalnya dan haramkanlah haramnya. Beramallah menurut muhkamnya dan
berimanlah menurut mutasyabihahnya.
Dan
katakanlah: Kami percaya apa yang telah diturunkan Allah (al-Kitab),
cintailah Ahl l-Baitku dan itrahku. Hormatilah orang-orang yang mewalikan
mereka. Tolonglah mereka bagi menentang
musuh-musuh mereka. Sesungguhnya kedua-duanya
akan sentiasa berada pada kalian sehinggalah dikembalikan ke atasku
di Haud pada hari kiamat.[12]
Kemudian beliau menjemput `Ali
ketika beliau berdiri di atas mimbar lalu menarik tangannya seraya
bersabda: "Wahai Tuhanku, hormatilah orang yang
mewalikannya, musuhilah orang yang menentangnya. Wahai Tuhanku, jangan jadikan di bumi ini
tempat duduk penentang-penentang `Ali, dan di langit tidak
ada tempat naik serta jadikanlah mereka di neraka yang terkebawah".[13]
5.
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa
sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Andalah orang yang boleh
mencebok haudku di hari kiamat. Anda
akan membekalkan air daripadanya sebagaimana seorang daripada
kamu membekalkan " wanita asing " di tengah
untanya".[14]
6.
Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa `Ali
telah berjumpanya (s.`a.w.) ketika sakit yang membawa kewafatannya, maka
Rasulullah (s.`a.w.) menangis.
Lalu `Ali berkata: Apakah yang membuat anda
menangis wahai Rasulullah? Beliau bersabda: "Apa yang
membuatkan aku menangis adalah kerana keilmuanku bahawa hasad dengki
masih membara di hati umat ini, tetapi mereka tidak berani
menzahirkannya sehingga aku wafat".[15]
7.
Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa
Rasulullah (s.`a.w.) ketika hampir wafat, Ahlu l-Baitnya berkumpul
dan beliau bersabda: "Sesungguhnya Ahl al-Baitku pada kalian
sepertilah bahtera Nuh. Siapa yang
menaikinya berjaya dan siapa yang meninggalkannya tenggelam".[16]
8.
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa
para sahabat Rasulullah (s.`a.w.) telah menerima wilayah `Ali pada
masa Rasulullah dan pada masa hidupnya?[17]
9.
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa
sesungguhnya `Ali adalah orang yang pertama mengharamkan segala
keinginan duniawi ke atas dirinya, lantas Allah
`Azza Wajalla menurunkan ayat Surah al-Maidah 5: 88-89 "Wahai
orang-orang yang beriman janganlah kamu kalian mengharamkan
apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu,
dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang melampaui batas.
Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah
telah rezekikan kepada kamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu
beriman kepadaNya".
Di sisinya segala jenis ilmu;
ilmu mengenai hukum, kefasihan bercakap, keilmuan yang utuh dan sebab-sebab
turunnya al-Qur'an.[18]
Beliau adalah di kalangan kumpulan di mana kami tidak mengetahui mereka
melengkapi sepuluh orang yang telah diberitahukan Allah
bahawa mereka adalah Mukminin.
Sedangkan kalian di kalangan kumpulan yang
hampir bilangan mereka dilaknati
Allah di atas lidah Rasulullah (s.`a.w.). Lantaran itu aku menjadi saksi untuk kalian dan menjadi saksi bagi
menentang kalian; sesungguhnya
kalian adalah orang-orang yang dilaknati Allah di
atas lidah nabi-Nya.[19]
10.
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa
sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) mengutus kepada anda supaya
anda menulis bagi pihaknya kepada Bani Khuzaimah ketika Khalid
b. Walid melakukan angkara terhadap mereka, maka utusan itu
berpaling kepadanya (Mu`awiyah) lalu berkata: Dia
sedang makan. Maka utusan
berpaling kepada anda sebanyak tiga kali. Dan setiap kali dia
berpaling kepada anda dia berkata: Dia sedang makan. Maka Rasululullah (s.`a.w.)
bersabda: " Wahai Tuhanku, janganlah Engkau membuat
perutnya terasa kenyang." Justeru itu sabda itu adalah
untuk anda dan makanan anda sehingga hari kiamat.
11.
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui:
Sesungguhnya apa yang aku perkatakan itu benar.
Sesungguhnya wahai Mu`awiyah anda menarik dengan bapa anda di atas
seekor unta merah diterajui oleh saudara anda yang duduk. Ini berlaku di hari
al-Ahzab. Maka Rasulullah (s.`a.w.)
melaknati pemandu, penunggang dan penarik. Bapa anda adalah penunggang, anda penarik
dan saudara anda yang duduk adalah pemandu. [20]
12.
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa
sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) telah melaknati Abu
Sufyan:
Pertama:
Ketika beliau (s.`a.w.) keluar dari Makkah ke Madinah dan
Abu Sufyan datang dari Syam.
Lantas Abu Sufyan marah lalu mencacinya dan
mengancamnya dan berhasrat untuk melakukan kekasaran terhadapnya
tetapi Allah memalingkannya dari melaksanakan niat jahatnya.
Kedua:
Hari al-`Air (keldai) di mana Abu Sufyan
mengusirnya supaya ia tidak menjadi benteng kepada Rasulullah (s.`a.w.).
Ketiga:
Hari Uhud di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: " Allah
adalah maula kami sedangkan anda tidak mempunyai maula."
Abu Sufyan berkata: Kami ada al-`Uzza sedangkan kalian tidak mempunyainya. Lantaran itu Allah, para MalaikatNya, para
RasulNya dan Mukminun melaknatinya.
Keempat:
Hari Hunain di mana Abu Sufyan mulai mengumpulkan Quraisy dan
Hawazin sementara `Uyainah mengumpulkan Ghatafan dan
Yahudi. Lalu Allah menentang
mereka dengan kemarahan mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat
mencapai kemenangan.
Ini adalah firman Allah
`Azza Wajalla diturunkan di dalam dua surah kedua-duanya
mengenai Abu Sufyan dan para sahabatnya sebagai kafir dan anda
wahai Mu`awiyah di hari itu seorang musyrik menurut pendapat bapa anda di
Makkah.[21]
Sedangkan `Ali di hari itu bersama Rasulullah (s.`a.w.) menurut
"pendapatnya" dan agamanya.
Kelima:
Firman Allah `Azza Wajalla Surah al-Fath 48: 25
"Dan merekalah orang-orang kafir yang menghalangi kamu
dari (masuk) Masjid Haram dan menghalangi haiwan
korban sampai ke tempat penyembelihannya"
Anda, bapa anda dan musyrikin
Quraisy menghalang Rasulullah (s.`a.w.).
Justeru itu Allah melaknatinya dengan laknat
yang meliputinya dan zuriatnya sehingga hari kiamat.[22]
Keenam:
Hari al-Ahzab di mana Abu Sufyan mengumpulkan Quraisy
sementara `Uyainah b. Hasin b. Badr mengumpulkan
Ghatafan. Lantas Rasulullah
(s.`a.w.) melaknati pemandu, pengikut dan penarik.
Ditanya Rasulullah:
Adakah di kalangan penunggang itu mukmin? Beliau bersabda: Laknat tidak akan kena
mukmin dari kalangan penunggang (al-Atba`). Tetapi di kalangan pemandu tidak
ada seorang pun daripada mereka mukmin, tidak ada seorang pun
yang menyahuti seruan dan tidak seorang pun berjaya.
Ketujuh:
Hari Thaniyyah, di mana Rasulullah (s.`a.w.)
hampir dibunuh oleh dua belas orang lelaki. Tujuh daripada mereka dari Bani
Umayyah, lima daripada semua kabilah Quraisy. Justeru itu Allah dan Rasul-Nya
melaknati orang-orang yang memasuki al-Thaniyyah
selain daripada Nabi (s.`a.w.). [23]
13.
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui sesungguhnya
Abu Sufyan telah berjumpa `Uthman ketika
dia dibai`ah di Masjid Rasulullah (s.`a.w.), dia berkata: Wahai
anak saudaraku! Adakah pengintip ke atas kita sekarang? Dia menjawab: Tidak ada. Maka Abu Sufyan berkata: Pusingkanlah jawatan
khalifah wahai pemuda-pemuda Bani Umayyah. Demi orang yang di mana diri Abu
Sufyan di tanganNya, tidak ada syurga dan neraka?[24]
14.
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa
sesungguhnya Abu Sufyan memegang tangan Husain ketika
`Uthman dibai`ah dan berkata: Wahai anak saudaraku,
marilah keluar bersama-samaku ke kubur Baqi`. Lalu beliau pun keluar bersamanya
sehinggalah sampai di pertengahan kubur, dia menendang kubur itu
dan melaung dengan sekuat-kuatnya: Wahai penghuni
kubur! Perkara di mana kalian memerangi
kami kerananya sekarang ia berada di tangan kami sedangkan kalian
telah menjadi reput. Lantas Husain b. `Ali A.S berkata:
Allah menjadikan uban anda sehodoh-hodohnya dan Dia
menjadikan muka anda sehodoh-hodohnya. Kemudian beliau melepaskan
tangannya lalu meninggalkannya keseorangan.
Sekiranya al-Nu`man b. Basyir tidak memimpin tangannya
(Abu Sufyan) dan mengembalikannya ke Madinah, nescaya dia mati di situ.
Ini adalah untuk
anda wahai Mu`awiyah. Adakah anda mampu menolak hujah kami
dan hujah orang yang anda telah melaknatinya bahawa sesungguhnya bapa
anda Abu Sufyan berhasrat untuk menjadi Muslim, tetapi anda telah
mengutuskan kepadanya sebuah bait syair yang menonjolkan kelebihan Quraisy dan
lain-lain. Justeru itu anda
telah menghalangnya dari menerima Islam dan anda
telah menghalangnya.[25]
Di antaranya `Umar b.
al-Khattab telah melantik anda menjadi wali (gabenor) di Syam, tetapi
anda mengkhianatinya.
Kemudian `Uthman melantik anda menjadi wali, tetapi anda
hanya menunggu saat kehancurannya.
Kemudian lebih daripada itu anda beramai-ramai
menentang Allah dan RasulNya.
Sesungguhnya anda telah memerangi `Ali A.S
sedangkan anda telah mengenalinya sebagai orang yang pertama
memeluk Islam, kelebihannya, keilmuannya di dalam segala urusan.[26]
Malah beliau lebih layak
daripada anda dan selain daripada anda di sisi Allah
dan RasulNya. Anda telah
menegahnya dan membuat orang ramai di dalam kesamaran. Anda telah mengalirkan darah
makhluk Allah dengan tipudaya dan
kelicikan anda.
Perbuatan orang yang tidak beriman dengan hari akhirat dan tidak
takutkan pembalasan. Malah apabila
sampai ajal, anda akan berpindah ke tempat yang paling celaka sedangkan
`Ali ke tempat yang paling baik. Dan
Allah pasti menunggu anda.[27] Ini adalah khusus untuk anda wahai
Mu`awiyah. Adapun keaiban-keaiban
anda yang lain aku tidak mahu menyebutkannya kerana aku tidak mahu
memanjangkan perkara ini.
Adapun anda wahai `Amru b.
`Uthman, jawapanku terhadap anda tidak akan mencapai maksudnya disebabkan
kebodohan anda. Sekiranya anda
mengikuti perkara-perkara tersebut, anda akan mengetahui bahawa
anda sepertilah nyamuk manakala ia
berkata kepada lebah: Berpeganglah sekuat-kuatnya kerana aku ingin
turun di atas anda. Lalu
lebah menjawab: Aku tidak pun menyedari kejatuhan anda di
atasku. Bagaimana turunnya anda ke
atasku akan menyulitkanku? Demi Allah sesungguhnya aku tidak
merasai bahawa anda secara terang memusuhiku sehingga ia
menyulitkanku. Dan aku akan memberi
jawapan kepada kata-kata anda: Adakah cacian anda terhadap `Ali
A.S. akan mengurangkan kemuliaannya atau menjauhkannya daripada
Rasulullah (s.`a.w.)? Atau
ujiannya itu mencacatkan Islam, atau tidak ada keadilan
di dalam hukum? Atau
cintakan dunia? Sekiranya anda
menjawab salah satu daripada soalan-soalan tersebut, maka sesungguhnya anda
telah berbohong.
Adapun kata-kata anda:
Sesungguhnya bagi kalian pada kami sembilan belas
hutang darah musyrikin Bani Umayyah di dalam peperangan
Badr, jawapanku bahawa
Allah dan Rasul-Nya telah membunuh mereka semua.
Mudah-mudahan kamu
akan membunuh di kalangan Bani Hasyim sembilan belas, dan
tiga selepas sembilan belas kemudian dibunuh di kalangan
Bani Umayyah sembilan belas. Sembilan belas sekaligus selain
apa yang telah dibunuh di kalangan Bani Umayyah di mana bilangan mereka
sebenar tidak diketahui melainkan Allah. Sesungguhnya Rasulullah
(s.`a.w.) bersabda: "Apabila sampai Bani Umayyah tiga puluh orang
lelaki, mereka membahagi-bahagikan harta Allah di kalangan
mereka. Mengambil
hamba-hambaNya sebagai milik, kitabNya sebagai lambang
semata-mata. Apabila
mereka meningkat tiga ratus sepuluh orang, mereka berhak dilaknati. Dan apabila mereka meningkat
kepada empat ratus tujuh puluh lima, kebinasaan mereka lebih
cepat daripada mengunyah sebiji kurma". Begitu juga
Hakam b. Abi al-`As termasuk di dalam firman dan hadis
itu juga. Rasulullah (s.`a.w.)
bersabda: Rendahlah suara kalian kerana Bani Umayyah sedang mendengar.
Hal demikian itu berlaku
manakala Rasulullah (s.`a.w.) melhat mereka di dalam
mimpinya, begitu juga orang-orang yang memiliki urusan
khalifah selepasnya. Ia meresahkan
Rasulullah (s.`a.w.). Lalu
Allah `Azza Wajalla berfirman maksudnya "Dan Kami
tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai
ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk dalam
al-Qur'an" (Surah al-Isra' 17: 60) iaitu Bani Umayyah. Allah juga berfirman "Malam
al-Qadar (kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan"
(Surah al-Qadar 97: 3). Aku menjadi
saksi untuk kalian dan ke atas kalian bahawa kekuasaan kalian selepas
pembunuhan `Ali hanya seribu bulan yang telah ditetapkan oleh Allah `Azza
Wajalla di dalam kitabNya.
Adapun anda wahai
`Amru b. al-`As yang dilaknati Allah, sesungguhnya anda
adalah anjing (ganas). Ibu anda adalah
perempuan jahat. Anda dilahirkan
di atas "hamparan" yang dikongsikan oleh beberapa lelaki
Quraisy seperti Abu Sufyan b. al-Harb, al-Walid b. Mughirah,
`Uthman b. al-Harth, al-Nadar b. Kaldah dan al-`As b. Wa'il. Setiap mereka menyangka bahawa anda adalah
anak lelakinya. Kemudian seorang
yang paling jahat daripada mereka mendapat kemenangan di atas anda.[28]
Kemudian anda
berkhutbah di dalam keadaan berdiri: Aku membenci
Muhammad. Al-`As b. Wa'il berkata:
Sesungguhnya Muhammad adalah seorang lelaki yang terputus
keturunannya. Sekiranya beliau mati
nescaya terputuslah keturunannya. Lantas Allah S.W.T. menurunkan ayat Surah
al-Kauthar 108: 3 "Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang
terputus".
Ibu anda pernah datang
menawarkan dirinya kepada Bani `Abd Qais supaya menidurinya (bughyah),
dia mendatangi mereka menurut giliran mereka sama ada di dalam
perjalanan ataupun di wadi-wadi mereka.
Kemudian anda pada setiap tempat dipersaksikan
oleh Rasulullah (s.`a.w.) sebagai musuh yang paling kuat
menentangnya dan yang paling pembohong.
Kemudian anda adalah di antara penumpang-penumpang bahtera; orang-orang
yang mendatangi Raja Najjasyi bagi membunuh Ja`far b. Abu Talib dan orang-orang
Muhajirin lain memohon perlindungan Raja Najjasyi. Tetapi tipudaya tersebut
terserlah dan membuat datuk anda berada di bawah
(gagal) dan menghancurkan niat jahatnya serta usaha anda yang
sia-sia. Dia telah
menjadikan kalimah orang-orang kafir di bawah dan kalimah Allah di
atas.[29]
Adapun kata-kata anda tentang
`Uthman, maka anda yang tidak mempunyai sifat malu dan keagamaan, anda
telah menyalakan api ke atasnya.
Kemudian anda telah melarikan diri ke Palestin semata-mata
kerana menunggu giliran.
Manakala berita pembunuhannya sampai, anda telah
menawarkan diri anda kepada Mu`awiyah.
Lantas anda menjual agama anda kepadanya dengan dunia orang lain
wahai si jahat. Kami tidak mencela
anda kerana memarahi kami dan kami tidak juga mengkritik anda
kerana cintakan kami. Anda
adalah musuh Bani Hasyim pada masa Jahiliyah dan Islam.
Sesungguhnya anda
telah menghina Rasulullah (s.`a.w.) di dalam tujuh
puluh bait syair. Justeru itu Rasulullah
(s.`a.w.) bersabda: "Wahai Tuhanku sesungguhnya aku tidak pandai
bersyair, lantaran itu aku tidak patut menjawabnya oleh itu wahai
Tuhanku laknatilah `Amru b. al-`As pada setiap
bait syair seribu laknat".[30]
Kemudian anda wahai
`Amru, anda lebih mencintai dunia anda daripada agama
anda. Anda telah mengadap
Raja Najjasyi dan memberi hadiah kepadanya semasa
lawatan anda pada kali pertama dan kedua. Tetapi kesemuanya menemui jalan buntu. Hasrat anda adalah supaya Ja`far dan
para sahabatnya dibunuh. Manakala
Raja Najjasyi menyalahkan anda mengenainya, lantas anda
menghalalkan darah sahabat anda `Ammarah b. al-Walid.[31]
Adapun anda wahai
Walid b. `Uqbah, demi Allah, aku tidak mencela anda
memarahi `Ali kerana beliau telah menyebat anda lapan
puluh kali sebat.[32]
Dan beliau telah membunuh
bapa anda tanpa bertarung di hari Badr. Atau bagaimana anda mencacinya
sedangkan Allah telah menamakannya mukmin di dalam sepuluh ayat
al-Qur'an. Dan Dia telah menamakan
anda fasiq sebagaimana firmanNya dalam Surah al-Sajdah
32: 18 "Maka apakah orang yang beriman
seperti orang yang fasiq?
Mereka tidak sama".
Dan firmanNya dalam Surah al-Hujurat 49: 6 "Hai
orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq
membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak
menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui
keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".
Adapun anda dan sebutan anda
sebagai Quraisy pada hakikatnya anda bukanlah Quraisy, malah anda
adalah anak lelaki kepada seorang yang tidak mengetahui budi
bahasa dari keluarga Safuriyah bernama Zakwan.
Adapun sangkaan
anda bahawa kami telah membunuh `Uthman, demi Allah, Talhah,
Zubair dan `Aisyah sendiri tidak mampu untuk mengaitkannya dengan `Ali b.
Abu Talib.[33]
Bagaimana anda sanggup
berkata sedemikian rupa? Sekiranya anda
bertanya ibu anda siapakah bapa anda ketika dia meninggalkan Zakwan, lalu dia
mengaitkan anda dengan `Uqbah b. Abu Mu`it, nescaya dia merasa
angkuh dan bermegah dengan apa yang dia lakukan. Sedangkan Allah telah menyediakan
bagi anda, bapa anda dan ibu anda kehinaan dan menanggung
malu di dunia dan di akhirat.
Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya.[34]
Kemudian anda wahai
Walid! Allah lebih besar dari
orang yang anda kaitkan namanya.
Bagaimana anda mencaci `Ali kerana sekiranya anda bekerja
keras nescaya anda dapat mempastikan nasab anda kepada bapa anda yang
sebenar dan bukan kepada orang yang dikaitkan namanya dengan
anda. Kerana ibu anda sendiri telah
mengatakan: Wahai anakku, bapa anda adalah lebih celaka dan jahat daripada
`Uqbah.
Adapun anda `Utbah b. Abu
Sufyan; Demi Allah anda bukanlah cekap sehingga aku memberi jawapan
kepada anda, tidak pula berakal sehingga aku mendera
anda, kerana tidak ada di sisi
anda kebaikan yang diharapkan sekiranya anda mencaci `Ali, tidak
ada keaiban baginya terhadap anda.
Kerana anda di sisiku tidaklah setanding dengan
seorang hamba `Ali b. Abu Talib sehingga aku memberi jawapan
kepada anda dan mencela anda, tetapi
Allah `Azza Wajalla sedang menunggu anda, bapa anda, ibu anda dan
saudara anda. Anda adalah
dari zuriat datuk-datuk anda yang disebutkan di dalam al-Qur'an, maka Dia
berfirman di dalam Surah al-Ghasyiah 88: 3-5 "Bekerja keras
lagi kepayahan (nasibah), memasuki api yang sangat
panas, diberi minum (dengan air) dari sumber yang sangat
panas".
Adapun ancaman anda
untuk membunuhku, kenapa anda tidak membunuh orang
yang anda mendapatinya di atas hamparan anda bersama
isteri anda. Dia telah mengalahkan
anda bagi menguasai kemaluannya (farajnya) dan dia berkongsi dengan anda
pula bagi mendapatkan anaknya sehingga dia mengaitkan anak lelaki
tersebut dengan anda sedangkan ia bukanlah anak lelaki
anda. Celakalah anda! Jikalaulah anda bekerja keras bagi membalas
dendam terhadapnya adalah lebih wajar kerana ia merupakan suatu
kebebasan, kerana anda mengancam untuk membunuhku, tetapi aku tidak
mencela anda mencaci `Ali kerana beliau telah
membunuh saudara anda secara bertarung. Beliau dan Hamzah b. `Abdu l-Muttalib
telah berkongsi di dalam pembunuhan datuk anda, sehingga Allah membakar
mereka berdua dengan api neraka dan merasakan mereka
berdua dengan azab yang pedih. Dan
beliaulah yang mengusir bapa saudara anda sebelah ibu dengan perintah
Rasulullah (s.`a.w.).
Adapun harapanku untuk menjadi
khalifah, demi Allah sekira-nya aku mengharapkannya adalah
kerana aku berhak menuntutnya. Sedangkan anda tidak setanding
dengan saudara anda dan tingkah laku bapa anda. Kerana saudara anda lebih kuat menentang
Allah S.W.T. dan paling kuat tuntutannya bagi mengalirkan darah Muslimin. Dia juga menuntut apa yang dia tidak
layak untuknya dengan menipu orang ramai.
Justeru itu Allah memusnahkan tipu dayanya, dan Allah sebaik-baik
orang yang mendedahkan tipu daya mereka.
Adapun kata-kata
anda: Sesungguhnya `Ali adalah sejahat jahat
Quraisy untuk Quraisy. Demi
Allah, beliau tidak hina sehingga memerlukan
kasihan belas, dan beliau tidak dibunuh secara
zalim.
Adapun anda wahai
Mughirah b. Syu`bah! Sesungguhnya
anda adalah musuh Allah, meninggalkan kitabNya,
pembohong terhadap nabi-Nya.[35]
Anda adalah penzina dan wajib
dilaksanakan hukum rejam ke atas anda, kerana orang-orang yang adil dan baik
menjadi saksi terhadap anda.
Tetapi rejam anda ditangguhkan lantas kebenaran ditolak dengan kebatilan
dan kebenaran dengan kekerasan.[36]
Justeru itu Allah
menyediakan untuk anda azab yang pedih. Kehinaan di
dalam kehidupan dunia dan azab di akhirat adalah lebih
hina. Andalah orang
yang telah memukul Fatimah binti Rasulullah (s.`a.w.)
sehingga terkeluar darahnya dan "tergugur" kandungannya kerana
anda menghina Rasulullah (s.`a.w.) dan menyalahi perintahnya
"mencabuli" kemuliaan anak perempuannya kerana Rasulullah
(s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Wahai Fatimah! Andalah penghulu
wanita syurga".[37]
Dan Allah akan memasukkan anda
ke neraka dan anda akan menerima akibat dari kata-kata anda sendiri. Mana satukah di kalangan tiga perkara
anda telah mencaci `Ali, adakah kekurangannya pada
keturunannya? Atau jauhnya
daripada Rasulullah (s.`a.w.)?
Atau membawa bencana pada Islam atau kezaliman
di dalam hukuman, atau cinta kerana dunia? Sekiranya anda berpendapat sedemikian maka
sesungguhnya anda berbohong dan orang ramai akan membohongi anda pula.
Adakah
anda menyangka bahawa `Ali A.S. telah
membunuh `Uthman secara zalim?!
`Ali, demi Allah orang yang paling bertakwa dan orang yang paling
bersih daripada orang yang mencelanya mengenai perkara tersebut. Sekiranya `Ali telah membunuh `Uthman secara
zalim, demi Allah anda bukanlah ada kaitan dengannya. Di masa
hidupnya anda tidak pernah membantunya dan pada masa matinya anda tidak
menerima pusaka daripadanya. Anda masih mengelilingi
rumah anda mengejar wanita-wanita jahat, anda menghidupkan amalan jahiliyah,
anda mematikan Islam sepertilah di masa lalu.
Adapun penentangan
anda terhadap Bani Hasyim dan Bani Umayyah
adalah dakyah anda untuk Mu`awiyah.
Adapun pendapat anda mengenai
pemerintahan dan pendapat para sahabat anda tentang kerajaan
(al-Mulk) yang anda miliki, ia adalah seperti Fir`aun
yang telah memerintah Mesir selama empat ratus tahun sedangkan Musa
dan Harun adalah nabi yang diutuskan menghadapi penderitaan. Ia adalah milik Allah. Dia memberikannya kepada
orang yang baik dan jahat. Allah
berfirman dalam Surah al-Anbiya' 21: 111 "Dan aku tidak
mengetahui boleh jadi hal itu cubaan bagi kamu dan kesenangan sampai
kepada suatu waktu sahaja". Dan firmanNya dalam Surah
al-Isra' 17: 16 "Dan jika Kami hendak
membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada
orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah)
tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah
sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami
hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya".
Kemudian Hasan pun berdiri dan
menyingkatkan kainnya sambil membaca Surah al-Nur 24: 26: "
Wanita-wanita yang keji bagi lelaki yang keji dan lelaki yang
keji bagi wanita-wanita yang keji." Mereka wahai Mu`awiyah, demi
Allah, adalah anda para sahabat anda dan pengikut-pengikut anda (Syi`ah
anda).
Dan lelaki yang baik
adalah bagi wanita-wanita yang baik. Mereka itulah bersih
daripada tuduhan yang dilemparkan ke atas mereka. Bagi mereka pengampunan dan rezeki yang
mulia. Mereka adalah `Ali b. Abi Talib
A.S, para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya (Syi`ahnya).
Kemudian beliau
keluar sambil berkata kepada Mu`awiyah: Rasailah
akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan anda. Sesungguhnya
Allah telah menyediakan bagi anda dan mereka kehinaan di dalam kehidupan dunia
dan azab yang pedih di akhirat.
Mu`awiyah berkata kepada
para sahabatnya: Rasailah kalian akibat apa yang anda telah
lakukannya. Al-Walid b. `Uqbah berkata: Demi Allah, kami tidak
merasai melainkan sebagaimana anda merasainya dan kami
tidak berani melainkan menentang anda.
Mu`awiyah berkata: Tidakkah aku
telah berkata kepada kalian sesungguhnya kalian tidak akan dapat menghina
lelaki itu (Hasan). Sekiranya kalian mentaatiku semenjak awal lagi,
nescaya kalian beroleh kemenangan menentang lelaki ini apabila beliau
mendedahkan keburukan kalian.
Demi Allah, beliau tidak berdiri sehingga beliau menyiksaku
seisi rumah. Dan aku bercita-cita untuk
menyerangnya. Lantaran itu tidak ada kebaikan di hari ini dan selepasnya.[38]
Dia berkata: Marwan b.
Hakam mendengar tentang perjumpaan Mu`awiyah dan para sahabatnya
dengan Hasan b. `Ali A.S. Lalu dia
datang berjumpa mereka di sisi Mu`awiyah dan bertanya mereka.
Apakah (benar) apa yang telah sampai kepadaku tentang Hasan dan
kemarahannya?
Dia menjawab: Beliau (Hassan)
memanglah begitu. Marwan berkata kepada mereka: Kenapa kalian tidak menjemputku
bersama? Demi Allah, aku akan
mencacinya, aku akan mencaci bapanya, Ahlu l-Baitnya dengan cacian
sehingga hamba-hamba lelaki dan perempuan aku berpesta dengan penuh
kegembiraan.
Hasan berkata:
Adapun anda wahai Marwan, bukan aku yang mencaci
anda dan bapa anda, tetapi Allah `Azza Wajalla
telah melaknati anda, bapa anda, keluarga anda, zuriat anda dan zuriat
yang keluar dari keturunan bapa anda sehingga hari kiamat di atas lidah
nabiNya Muhammad. Demi Allah, wahai
Marwan, anda tidak akan mengingkarinya, begitu
juga orang yang datang di dalam majlis ini kerana
laknat ini adalah daripada Rasulullah (s.`a.w.) untuk anda dan bapa anda
sebelum anda.[39] Allah tidak akan menambahkan
kepada anda apa yang menakutkan anda melainkan kezaliman yang
besar. Memang benar Allah dan
rasulNya dan Dia berfirman dalam Surah al-Isra' 17: 60 "Dan
pohon kayu yang terkutuk dalam al-Qur'an, dan Kami menakuti mereka
tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besar kedurhakaan
mereka".
Anda Wahai Marwan
dan zuriat anda merupakan pohon yang dilaknati Allah di
dalam al-Qur'an. Demikian itu adalah
daripada Rasulullah (s.`a.w.) daripada Jibra`il
daripada Allah `Azza Wajalla.[40]
Mu`awiyah melompat, lalu
meletakkan tangannya di mulut Hasan seraya berkata: Wahai Abu Muhammad! Aku
bukanlah jahat dan ganas.Lalu Hasan A.S membersihkan kainnya, kemudian beliau
berdiri dan keluar. Mereka juga keluar
dari majlis itu dengan kemarahan dan dukacita serta dengan muka hitam di
dunia dan akhirat.
Sebenarnya tuntutan Hasan b.
`Ali A.S terhadap Imamah/Khilafah adalah berdasarkan nas daripada datuknya
Rasulullah (s.`a.w.) Beliau begitu yakin bahawa hak Imamah/Khilafah selepas
Rasulullah (s.`a.w.) adalah hak `Ali dan kemudian haknya dan
seterusnya. Apatah lagi Mu`awiyah b. Abu Sufyan telah menentang bapanya
`Ali A.S sebagai imam/khalifah di masa itu secara kekerasan.
Beberapa bulan
selepas kewafatan bapanya, beliau telah mengambil
alih jawatan khalifah, kemudian beliau pula terpaksa berdamai
dengan Mu`awiyah. Perdamaian beliau
dengan Mu`awiyah telah ditentang oleh kebanyakan Syi`ahnya sendiri. Namun begitu beliau terpaksa
melakukannya demi menjaga dirinya, Ahl al-Baitnya dan Syi`ahnya. Beliau berkata: Demi Allah sekiranya
perdamaianku dengan Mu`awiyah berlaku, nescaya aku dapat menjaga darahku
dan menyelamatkan keluargaku, maka ia adalah lebih
baik daripada mereka membunuhku.
Lantaran itu keluargaku akan dibunuh.
Demi Allah sekiranya aku memerangi Mu`awiyah, nescaya mereka
memotong tengkukku dan membawanya kepada Mu`awiyah. Demi Allah sekiranya aku berdamai
dengannya dalam keadaan aku mulia lebih baik dari dia membunuhku
dalam keadaan aku menjadi tawanan.[41]
Kemudian Hasan terus
mempertahankan tindakannya, beliau berkata: Demi Allah, aku tidak menyerahkan
jawatan khalifah kepadanya melainkan selepas aku dapati tiada pembantu
untukku. Sekiranya aku mendapati
pembantu-pembantu, nescaya aku memeranginya malam dan siang
sehingga Allah menghukum di antara aku dan dia, tetapi aku
mengetahui sikap penduduk-penduduk Kufah dan ujian mereka.
Orang yang fasiq tidak sesuai untukku kerana mereka tidak mempunyai
kesetiaan, tidak ada tanggungjawab sama ada dari segi kata-kata
dan perbuatan. Mereka berselisih
di kalangan mereka dan berkata: Sesungguhnya hati kami
bersama anda tetapi pedang-pedang mereka ditujukan kepada kami.[42]
Oleh
itu perdamaian yang dilakukan oleh Hasan adalah kerana terpaksa,
tanpa pembantu-pembantu.
Walau bagaimanapun beliau tidak berpuas hati terhadap
sikap penduduk Kufah yang pengecut untuk berjuang bersamanya menentang
Mu`awiyah.
Walau bagaimanapun caci mencaci
secara serius telah berlaku di antara Hasan dan Mu`awiyah serta
rakan-rakannya tentang Imamah/Khilafah.
Mu`awiyah bukan sahaja mencaci Hasan malah dia
mencaci `Ali b. Abi Talib dengan cacian
yang melulu dan penuh dengan fitnah. Hasan menjawabnya dengan hujah yang
mantap sehingga dapat menundukkan mereka semua,
kerana jawapan Hasan kepada mereka bukanlah merupakan
cacian atau cercaan kerana ia adalah suatu hakikat yang sukar
ditolak di mana mereka sendiri mengakuinya. Lantaran itu ia patut dibezakan di antara
mencaci, mencerca, mencela dan menerangkan hakikat sesuatu. Apatah lagi jika ia berdasarkan kepada
nas. `Ali berkata: Jika seseorang itu
memberitahu hal atau keadaan seseorang tertentu menyalahi nas al-Qur'an
dan Sunnah Nabi (s.`a.w.) adalah lebih wajar dan tidak boleh
dikatakan pencaci.[43]
Walau bagaimanapun
Mu`awiyah dan pemerintah Bani Umayyah selepasnya terus
mencaci `Ali di atas mimbar masjid selama 70 tahun. Hanya semasa pemerintahan `Umar
b. `Abd al-`Aziz ia dihentikan.[44]
Kemudian ia diteruskan kembali oleh pemerintah Bani Umayyah yang lain.
Kesimpulan
Hasan b. `Ali
percaya bahawa hak Imamah/Khilafah selepas datuknya
Rasulullah (s.`a.w.) adalah hak Ahl al-Bait Rasulullah
(s.`a.w.). Orang lain adalah tidak layak
untuk memegang jawatan tersebut berdasarkan nas dan akal. Walau bagaimanapun beliau
akhirnya terpaksa menyerahkan jawatan khalifah kepada Mu`awiyah dengan
syarat-syarat tertentu demi untuk menjaga dirinya, keluarganya dan Syi`ahnya.
[3] Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah
al-Khawwas, hlm. 200; al-Turmudhi,
Abu `Isa Muhammad b. `Isa b. Sawrah, Sunan al-Turmudhi, V, hlm.
642; al-Tabari, Abu Ja`far Muhammad b.
Jarir, Tarikh al-Umam wa al-Muluk, Cairo 1956 M., II, hlm. 310.
[4] Ibid.
[5] Al-Bukhari, Abu `Abdullah Muhammad b. Ismail, Sahih Bukhari, Cairo 1348 H., III,
hlm. 46; Al-Hakim al-Nisaburi, Muhammad b. `Abdullah, al-Mustadrak `ala al-Sahihain fi al-Hadith, Cairo, 1969 M., III, hlm. 37; al-Dhahabi,
Abu `Abdullah Muhammad b. Ahmad b. `Uthman, al-Talkhis,
Hyderabad, 1958 M., III, hlm. 37 dan
lain-lain.
[6] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo 1340 H., hlm.
232; Ibn Hajr al-`Asqalani, Lisan
al-Mizan, VI, hlm. 237; al-Qunduzi al-Hanafi, Sulayman b. Ibrahim, Yanabi`
al-Mawaddah fi Syama`il al-Nabi wa Fada`il Amir al-Mu'minin `Ali, Iran 1385
H., hlm. 132.
[7] Al-Khawarizmi, ibid.,
hlm. 148.
[8] Al-Qunduzi al-Hanafi,
Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 81
[9] Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah
al-Khawwas, hlm. 200-201.
[10] Al-Qunduri al-Hanafi, Yanabi’
al-Mawaddah, hlm. 112.
[11] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul,
Cairo 1957 M., I, hlm. 422;
al-Zamakhsyari, Abu al-Qasim
Mahmud b. `Umar, al-Kasysyaf `an
Haqa`iq Ghawamid al-Tanzil wa `Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Ta`wil, Cairo
t.t., I, hlm. 422; al-Syablanji, Mu`min b. Hasan Mu`min, Nur al-Absar fi
Manaqib al-Bayt al-Nabi al-Mukhtar
(s.`a.w.), Cairo 1367 H., hlm. 105;
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 117.
[12] Muslim, Abu al-Husayn Muslim b. Hajjaj, Sahih Muslim, Cairo, 1311 H., II, hlm. 238; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 17, 26, 59;
IV, hlm. 367; al-Turmudhi, Sahih,
II, hlm. 308.
[13]Ibn Hajr al-`Asqalani, Abu al-Fadl Ahmad b. `Ali b. Muhammad b. Muhammad, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad 1327
H., XI, hlm.445; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, Tehran 1404 H., hlm. 116-117.
[14] Al-Khawarizmi, al-Manaqib,
hlm. 143.
[15] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-`Ummal, VI, hlm. 408; al-Khatib
al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad 1950 M., XII, hlm. 397; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah
al-Talib, hlm. 273.
[16] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 343;
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi`
al-Mawaddah, hlm. 27.
[17] Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 422;
al-Syablanji, Nur al-Absar,
hlm. 105.
[18] Abu Nu`aim al-Asfahani, Hilyah
al-Auliya' wa Tabaqat al-Asfiya',
Cairo 1956 M., I, hlm. 67;
al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 208-9.
[19] Al-Syablanji, Nur al-Absar,
hlm. 89; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 172-174.
[20] Ibn al-Athir, `Izz al-Din Abu Hasan `Ali b. Muhammad b. `Abd al-Kasim al-Jazari, Usd al-Ghabah
fi Ma`rifah al-Sahabah, Baghdad 1349 H., IV, hlm. 385; Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 201.
[21] Al-Tabari, Tarikh, XI,
hlm. 357; Nasr b. Mazahim, Kitab al-Siffin, Baghdad 1950 M., hlm. 247.
[22] Lihat umpamanya, al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm.91.
[23] Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah
al-Khawwas, hlm. 201-202.
[24] Lihat umpamanya, al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm.91-93; al-Hakim, al-Mustadrak,
IV, hlm. 480.
[25] Ibn Abi al-Hadid, `Izz al-Din Abu Hamid `Abd al-Hamid b. Abi al-Husayn Hibat Allah, Syarh Nahj al-Balaghah, Cairo 1959 M.,
II, hlm. 102.
[26] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah
al-Talib, hlm. 172-173.
[27] Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah
al-Khawwas, hlm. 200.
[28] Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah
al-Khawwas, hlm. 204-205.
[29] Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah
al-Khawwas, hlm. 186.
[30] Al-Haithami, Nur al-Din `Ali
b. Abi Bakr, al-Majma` al-Zawa`id, Tunis 1375 H., VII, hlm. 348-350.
[31] Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah
al-Khawwas, hlm. 186-187.
[32] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah,
IV, hlm. 408.
[33] Ibn Qutaibah, Abu Muhammad `Abdullah b. Muslim, al-Imamah wa al-Siyasah, Cairo 1332
H., I, hlm. 84.
[34] Al-Haithami, al-Majma`,
VII, hlm. 247-250.
[36] Ibn Hajr al-`Asqalani, Abu al-Fadl Ahmad b. `Ali b. Muhammad
b. Muhammad, al-Isabah
fi Ma`rifah al-Sahabah, Baghdad
1345, H., III, hlm. 452; Ibn al-Athir, Usd
al-Ghabah, IV, hlm. 407; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, III, hlm. 88.
[37] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 293;
al-Turmudhi, Sahih, VI, hlm. 301.
[38] Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah
al-Khawwas, hlm. 200.
[39] Al-Tabari, Tafsir,
Cairo 1952 M., XXX, hlm. 167; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 170;
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 209.
[40] Al-Turmudhi, Sahih,
II, hlm. 120; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, I, hlm. 252; Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas,
hlm. 209.
[42] Ibid., hlm. 291.
[43] Syarif al-Radhi, Abu Hasan Muhammad b.
al-Hasan al-Musawi, Nahj
al-Balaghah, Baghdad 1364 H., hlm. 323.
[44] Al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd
al-Rahman b. Abu Bakr, Tarikh al-Khulafa', Cairo 1963 M., hlm. 243.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar